Najib Razak

Публикаций
1 019
Подписчиков
983,4 тыс
Подписки
46
Сайт:
http://najibrazak.com/
Род занятий:
Премьер-министр Малайзии
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Busy sikit hari ini. Sepanjang hari ada urusan kebajikan untuk penduduk kampung. Ramai hidup susah akibat kehilangan kerja dan kekurangan dari segi pendapatan sejak Covid-19 melanda. Saya cuba bantu apa yang boleh ikut kemampuan sebagai ahli Parlimen. Sebentar tadi pula saya berada di Kedutaan Qatar. Saya berbesar hati dapat bertemu dengan beberapa perwakilan asing dari kalangan Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi di Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Duta Besar Qatar ke Malaysia TYT Fahad Mohammed Kafoud yang menjadi tuan rumah malam ini. Bersama tadi juga ialah TYT Thamer Abdalla Mohammad Adwan (Jordan), TYT Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi (Oman), TYT George Bitar Ghanem (Lebanon), TYT Walid Abu Ali (Palestin), TYT Dr. Moheb Rahman Spinghar (Afghanistan), TYT Roland Galharague (Perancis) dan TYT Amna Baloch (Pakistan). Banyak yang kami bincangkan dan berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa. Saya berharap hubungan Malaysia dengan negara-negara luar akan bertambah erat dan kukuh. Hanya melalui persaudaraan dan hubungan baik yang terjalin akan dapat memudahkan kerjasama ekonomi, pelaburan dan perdagangan yang akhirnya membawa manfaat kepada rakyat.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Selamat pagi guys. Breakfast makan mana? Saya kat rumah saja.  Banyak tempat dah mula dine-in.  Hujung minggu ni mungkin ada yang bercadang keluar makan. Berhati-hati ye dan patuhi SOP. Utamakan kesihatan diri dan keluarga, terutama sekali warga emas dan anak-anak.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Scan dulu. Nanti kena ingat nak check out. Kalau terlupa, "bermalam" lah saya kat dewan ni.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Kiky sihat guys. Baik-baik saja. Ramai bertanya kat saya sebab lama tak post
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Assalamualaikum dan selamat pagi guys. Di Parlimen hari ini. Bersidang sehingga 12 Oktober. Semoga sesi ini berjalan lancar dan membawa manfaat kepada semua.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
"Jib jib dah jadi pengulas sukan ke?" "Eh beli roti pula" Ya saya tahu. Saya baca. Prinsip dan pendirian saya jelas. Jika ada peluang tambah baik, saya cadangkan. Jika salah, saya lawan. Jika baik, saya sokong. Face to face, atau kat media sosial. Kaedahnya terpulang kepada yang sudi memahami dan mendengar suara rakyat. Alhamdulillah hari ini saya bertemu dengan YAB Perdana Menteri bagi membincangkan keadaan semasa ekonomi Malaysia dan langkah-langkah seterusnya yang wajar diambil. Make no mistake. Terus terang saya kata. Malaysia masih berada dalam krisis. Malah akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar dari segi ekonomi, pendapatan dan kebajikan rakyat. Dari sudut makro dan secara menyeluruh, kita sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara jiran. Malaysia tidak lagi mempunyai daya tarikan terhadap pelabur asing serta selepas 2018. Dari sudut mikro dan melibatkan rakyat pula, ramai tidak ada keyakinan terhadap ekonomi kita. Malah timbul kerisauan terhadap keperluan, pendapatan dan kestabilan pekerjaan masing-masing. Secara umumnya, itulah yang saya sampaikan kepada semua yang sudi mendengar dan menerima pandangan. Semoga dimanfaatkan cadangan, strategi dan pengalaman yang ada. Sekarang tiba masa bagi Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan. Kita tidak mampu gagal lagi. Demi Keluarga Malaysia.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Guys, betul kan yang ni? Saya tengok ramai silap beli
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Pocket Rocketman! Jaguh kita, Datuk Azizulhasni Awang Seluruh Malaysia bersorak tengok dia beraksi di Tokyo baru-baru ni. Ada yang bergambar melompat-lompat depan TV juga. Sempat bertemu tadi sebelum beliau membuat persiapan kembali berlatih di luar negara. Kami juga berbincang mengenai perkembangan sukan negara dan keperluan atlet-atlet kita. Banyak lagi yang perlu diusahakan dan ditambahbaik, terutamanya dalam aspek persediaan dan latihan atlet-atlet. Semoga atlet-atlet kita dapat terus berusaha dengan sokongan penuh yang diperlukan. Kemah keming bohhh!!
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Pingat Tokyo 2020. Dapat melihat sendiri hari ini.  Di sebalik pingat ini, adalah latihan demi latihan yang berjam-jam lamanya setiap hari. Mencabar diri membuat lebih baik daripada sebelumnya. Menguji stamina, ketabahan dan keupayaan diri. Dalam kata mudah, tidak kenal erti lelah dan tidak putus asa. Biar kegagalan menjadi semangat kebangkitan. Biar cabaran menjadi dorongan Mereka yang rajin berusaha, banyak bersabar, dan selalu berdoa, pasti akan berjaya.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Guys, tengok siapa datang. Terhibur kita semua baca post post dia selalu. Jaguh badminton kita Tan Boon Heong! Penghantaran istimewa hari ini. Order sedikit mochi dari Tan. Dia hantar sendiri Sempat bertukar pandangan sekejap mengenai isu semasa dan perkembangan sukan juga. Terima kasih!
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Sebelum keluar rumah tadi. Pasang Jalur Gemilang kat kereta saya. Banyak yang berlaku bulan ini. Tetapi jangan sesekali kita lupa. Ini tanahair kita. Tempat kita lahir dan dibesarkan. Bumi dipijak inilah yang memberikan kita rezeki dan berkat kemakmuran. Lindungi lah dari segala penderhakaan, pengkhianatan dan penjajahan. Pertahankan kedaulatan dan kemerdekaan ini dengan kebersamaan di antara kita. Semoga Allah SWT merahmati Malaysia dan rakyat Malaysia.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Muat lagi baju ni. Lama tak pakai.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Begitu cepat masa berlalu. Adam pun semakin besar dah. 4 tahun! Kebetulan kelahiran cucu saya ini pada tarikh yang sama dengan @ashmannajib Happy birthday! Semoga sentiasa dirahmati.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Busy nya semua orang malam ni. Menurut sumber ini...Menurut sumber itu... WhatsApp masuk beratus. Ada yang sumber punya sumber punya sumber. Siapa dah sign. Siapa dah confirm sokong siapa. Dia dah tak geng dia. Ada yang nak u-turn. Ada yang tuan badan sendiri pun tak tahu Menarik juga saya baca.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Apa khabar semua?
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Ada yang bersama ketika senang. Ada yang bersama ketika susah. Namun, tidak ramai yang kekal kerana siapa hendak susah jika boleh senang? Mereka yang hanyut dalam keselesaan akan terus dikaburi oleh keselesaan. Lihatlah keadaan kita hari ini. Siapa boleh terima rakyat sengsara, rakyat hilang nyawa? Maaf. Saya tidak boleh. "Fokus pada Covid. Jangan ganggu kerajaan" Sudah setahun lebih kita dengar. "Negara semakin menghampiri kejayaan mengurus Covid" Serius? Cuba balik ke kawasan masing-masing dan laungkan ini kepada rakyat. Pergilah. Rakyat akan tepuk bahu dan kata "betul, syabas, good job, PN terbaik"? Permainan kata-kata sebegini lebih elok simpan dan guna dalam bengkel motivasi korang, sekali dengan joget. Bukan dalam pentadbiran negara dan komunikasi bersama rakyat. Kepimpinan kerajaan jelas telah membuat kesilapan demi kesilapan. Gagal mengambil langkah tepat pada masa yang bersesuaian. Gagal melindungi nyawa rakyat. Gagal mengurus ekonomi dan memenuhi keperluan kebajikan rakyat. Siapa nak sokong? Jika ada yang beritahu selamat jalan, kita terima. Kerana kita pilih untuk berjalan bersama rakyat. Dulu, kini, selamanya. Prinsip perjuangan saya Najib Razak - RAKYAT DIDAHULUKAN.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Apa gunanya kuasa? Apa gunanya jawatan? Apa gunanya lantikan? Jika asas perjuangan kita demi bangsa, agama dan negara tidak lagi diutamakan. Jika prinsip kita mempertahankan kedaulatan institusi diraja tidak lagi didukung. Jika asas perlembagaan dan undang-undang negara tidak lagi dihormati, dijunjung dan diamalkan. Apakah sumber kuasa? Apakah sumber jawatan? Apakah sumber lantikan? Rakyat. Rakyat. Rakyat. Rakyat adalah segala-galanya yang menjadi tonggak demokrasi berparlimen kita. Dan di mana kita hari ini? Rakyat menderita, hidup dalam ketakutan. Meminta hari yang lebih baik. Saya Najib Razak. Sebagai seorang ahli Dewan Rakyat dengan sesungguhnya bersumpah .....bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, .....bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan rakyat Malaysia. .....dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya. Saya Najib Razak.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Di luar bangunan ini, rakyat sedang menunggu kita. Kegagalan bukan hanya bila negara kita jatuh di masa ini. Tetapi pada ketika kita gagal memilih jalan untuk bangun membina semula juga. Kita boleh berbalah. Kita boleh menjerit-jerit. Kita boleh bercaturan. Tetapi di luar bangunan ini, rakyat sedang menunggu kita. Menunggu solusi. Menunggu kepimpinan. Menunggu pengakhiran kepada segala kesusahan hari ini. Di luar bangunan ini, rakyat sedang mengharapkan kita. Berat tanggungjawab di bahu.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Terima kasih kepada semua yang ingat hari jadi saya dan mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran saya. Saya lihat rakan-rakan media juga ada buat posting ucapan. Hari yang amat bermakna buat saya. Terima kasih, terima kasih banyak-banyak atas doa dan ucapan. Saya doakan agar rakyat Malaysia semua terus dilindungi dan diberkati. Semoga Malaysia kembali ke landasan yang aman, stabil dan membangun. Insya-Allah.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Sambutan Raya Aidiladha kali ini bagaikan tiada maknanya. Kan? Pahit. Seribu kesedihan.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Saya down. Betul, betul down. Apa sudah jadi kepada Malaysia? Amat sedih. Dahulu kita aman, stabil dan membangun. Ada peluang, kita maju bersama. Ada pertumbuhan, dirasai sama rata. Ada krisis, kita atasi sebaiknya. Peace, stability and progress.  Hari ini, tumbang hancur sudah kita.  Kepimpinan amat penting. Halatuju perlu jelas. RAKYAT PERLU DIDAHULUKAN!
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Eh eh. Tengok kalendar. Dah bulan Julai. 2021 ni cancel je lah. 6 bulan berlalu begitu saja. Rasanya 6 bulan seterusnya pun sama.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Ayah Mungkin tidak selalu bersama kita kerana kerja siang malam. Tetapi hati dan kasihnya sentiasa ada. Mungkin tidak pandai meluahkan perasaan. Tetapi mencintai kita dalam diam. Mungkin tidak sempurna di mata lain. Tetapi terbaik bagi kita. Kasih sayang, jasa pengorbanan tidak ternilai. Hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada guys. Selamat Hari Bapa! Al-Fatihah buat arwah ayahanda.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Bangun pagi tadi saya lihat tarikh. Oh. 11 Jun. Ya. Ramai orang kaitkan saya dengan nombor 11 dahulu. Dikatakan pilihan saya. Apapun orang nak kata, tidak mengapa. Hanya saya seorang yang tahu dan di hati saya selalu. 11 Jun ini tarikh hari lahir bonda. Arwah bonda lahir pada tahun 1933. Fikir balik, banyak yang telah dilaluinya. Dari zaman penjajahan dan kezaliman sebelum kemerdekaan. Ke Hari Kemerdekaan, kemudiannya pembentukan Malaysia. Diikuti darurat dan pembangunan luar bandar bersama ayahanda. Bonda lihat dan lalui segalanya bersama ayahanda. Susah dan senang bersama Malaysia, rakyat Malaysia. Mendidik dan membesarkan saya dan adik beradik. Jika bonda masih ada, hari ini berumur 88 tahun. Kebiasaannya kami semua akan berkumpul bersama di rumah bonda, sambut birthday. Sampai kami besar pun, bonda masih berpesan kepada kami. Jaga diri baik-baik, jaga pemakanan, jaga kesihatan. Guys, sama juga kan dengan keluarga sendiri? Bonda juga gembira lihat semua cucu-cucunya. Selalu ingatkan mereka bahawa pendidikan amat penting dan kena berusaha sebaiknya. Tiada lagi, tiada lagi peluang kami dengar suara bonda, cium tangan bonda. Hanya dapat memanjatkan doa. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah bonda dan ayahanda. Al-Fatihah.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Guys. Betul ke? Rasanya kita semua sudah ada kenalan atau keluarga yang kena Covid. Saya pun kehilangan orang terdekat. Jika susah hati atau sedih, jangan pendam seorang. Luahkan. Boleh kongsi dengan saya dan kawan-kawan sini.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Kalau kita ada krisis, kita tangani segera. Benda lain letak tepi. Meeting sekarang. Hari ini. Now now now! Dari pegawai paling junior sampai paling senior. Duduk bersama saya kerja dalam bilik mesyuarat. Krisis perlukan perhatian sepenuhnya. Krisis tak tunggu kita habiskan roti canai dulu. Tak tunggu ramai-ramai free berkumpul baru mula. No such thing. Saya panggil meeting, saya sampai, saya mula. Siapa terhegeh-hegeh lambat tu pun saya tahu. Ada krisis, kita uruskan! (Gambar fail)
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Tidak ada peluang lagi cium tangan Bonda di pagi Aidilfitri. Buat pertama kalinya .... dan selamanya Guys. Ada peluang bersama ayah dan bonda, ziarah lah mereka di Aidilfitri ni. Jika keadaan tidak mengizinkan akibat PKP, hubungi mereka, buat video call. Kebiasaannya rumah bonda meriah. Kami akan berkumpul bersama-sama, cucu cucu menghiburkan bonda. Kami semua rindu bonda. Semoga roh Allahyarhamah bonda dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Kita ziarah bilik ke bilik tahun ni. Saya kenalkan. Ini 'jiran sebelah' saya. Salam Aidilfitri @ashmannajib
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Guys tengok jap. Ok ke ni? Testing baju. Muat-muat. Ready dah untuk raya. Esok nak ziarah bilik-bilik dan ruang tamu 🤣
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
"Bossku! Bossku!" Aik. Saya datang bayar kompaun Salam 1Malaysia Salam Raya guys!! Saya juga rindu saudara-saudari semua.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Assalamualaikum. Saya datang bayar kompaun. Nanti baru ambil gambar yer. 🤣🤣 (Saya silap itu hari tak scan suhu. Saya mengaku sendiri. Saya terima denda. Tak mahu ada double standards. Mereka itu saya tak tahulah.)
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Saya tahu ramai bersedih Raya tahun ini. Kurang meriah, tidak dapat beraya dengan keluarga. Tetapi janganlah kita lupa atau abaikan mereka yang tercinta di sisi kita, di depan mata kita. Jangan lupa untuk sayangi diri juga. Pakaian, kuih, sedikit hiasan. Secara sederhana. Saya sendiri pun tidak ada apa-apa persiapan. Cuma dapatkan mask tema Raya. Kita cubalah sedikit mood Raya dengan apa yang ada. Sama-sama kita terus patuhi SOP. Semoga keadaan akan bertambah baik untuk semua.